Sedang aku asyik tidur tiba-tiba deringan lagu Green Day, 'Know Your Enemy' menjengah di telinga ini. Aku
yang tadinya dibuai mimpi indah kini terjatuh daripada buaian mimpi itu
dek kerana terkejut dengan deringan itu. Aku mematikan deringan itu
seraya mataku melihat ke arah jam yang tergantung di dinding 'dorm'ku.
Jarum jam tersebut menunjuk ke arah nombor tiga dan enam sekaligus
memahamkan aku bahawa sekarang pukul tiga setengah pagi. Dan fahamlah
aku bahawa aku telah tersilap set penggera di telefon bimbitku itu.
Ketika itu tekakku terasa kering dan seperti merayu untuk dibasahkan
walaupun dengan seteguk air. Dengan perasaan yang agak malas,
perlahan-lahan aku melepaskan selimut yang membaluti tubuhku. Lalu aku
pun turun dari katilku dan mula mengorak langkah menuju ke 'water
cooler' di luar bilikku demi melenyapkan dahaga yang melanda tekakku
itu.Lampu tidak dibuka kerana aku khuatir akan mengejutkan rakan-rakan
sebilikku lain yang sedang nyenyak diulit mimpi. Langkahku nyata agak
berhati-hati kerana suasana bilik itu yang gelap. Ketika melalui deretan katil sebelum ke pintu keluar bilik itu, tiba-tiba aku terdengar
suara orang menangis sayu. Aku pun menoleh ke arah suara tangisan itu.
Alangkah terperanjatnya diriku apabila aku terlihat suatu kelibat berselubung putih berdiri tegak disitu.
Sunday 26 May 2013
Saturday 25 May 2013
Salam Pengenalan...
Assalamualaikum..
Pada
pagi 2 Januari 1992, kedengaran tangisan seorang bayi bergema di bilik
persalinan Hospital Besar Dungun. Terpancar sinar kegembiraan di wajah
si ibu tatkala melihat kelahiran anak pertamanya sekaligus melupakan
segala kesakitan yang dirasakan sewaktu melahirkannya dan begitu juga
halnya dengan si bapa. Akan tetapi kebimbangan mula melanda mereka
apabila diberitahu doktor yang bayi itu tidak dapat bernafas kerana
rongga hidung bayi mereka tersumbat.
Tanpa berfikir panjang si ibu mengambil bayi tersebut dari dakapan
doktor seraya menyedut keluar lendiran dari hidung bayinya itu. Dek
kerana perbuatan si ibu itu akhirnya, bayi tersebut dapat bernafas
normal. Mereka menarik nafas lega lantas tersenyum. Kemudian giliran si
bapa pula mendukung bayi tersebut lalu di bacakan azan dan iqamah di
telinga bayi tersebut. Bayi tersebut diberi nama Nasruddin dengan
pengertian orang yang memperjuangkan agama.
Dan itulah aku..peace !
*credit to ummi ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)