Sunday 26 May 2013

Tangisan Itu

     Sedang aku asyik tidur tiba-tiba deringan lagu Green Day, 'Know Your Enemy' menjengah di telinga ini. Aku yang tadinya dibuai mimpi indah kini terjatuh daripada buaian mimpi itu dek kerana terkejut dengan deringan itu. Aku mematikan deringan itu seraya mataku melihat ke arah jam yang tergantung di dinding 'dorm'ku. Jarum jam tersebut menunjuk ke arah nombor tiga dan enam sekaligus memahamkan aku bahawa sekarang pukul tiga setengah pagi. Dan fahamlah aku bahawa aku telah tersilap set penggera di telefon bimbitku itu.

      Ketika itu tekakku terasa kering dan seperti merayu untuk dibasahkan walaupun dengan seteguk air.  Dengan perasaan yang agak malas, perlahan-lahan aku melepaskan selimut yang membaluti tubuhku. Lalu aku pun turun dari katilku dan mula mengorak langkah menuju ke 'water cooler' di luar bilikku demi melenyapkan dahaga yang melanda tekakku itu.Lampu tidak dibuka kerana aku khuatir akan mengejutkan rakan-rakan sebilikku lain yang sedang nyenyak diulit mimpi. Langkahku nyata agak berhati-hati kerana suasana bilik itu yang gelap. Ketika melalui deretan katil sebelum ke pintu keluar bilik itu, tiba-tiba aku terdengar suara orang menangis sayu. Aku pun menoleh ke arah suara tangisan itu. Alangkah terperanjatnya diriku apabila aku terlihat suatu kelibat berselubung putih berdiri tegak disitu.

Saturday 25 May 2013

Salam Pengenalan...

Assalamualaikum..

Pada pagi 2 Januari 1992, kedengaran tangisan seorang bayi bergema di bilik persalinan Hospital Besar Dungun. Terpancar sinar kegembiraan di wajah si ibu tatkala melihat kelahiran anak pertamanya sekaligus melupakan segala kesakitan yang dirasakan sewaktu melahirkannya dan begitu juga halnya dengan si bapa. Akan tetapi kebimbangan mula melanda mereka apabila diberitahu doktor yang bayi itu tidak dapat bernafas kerana rongga hidung bayi mereka tersumbat.

   Tanpa berfikir panjang si ibu mengambil bayi tersebut dari dakapan doktor seraya menyedut keluar lendiran dari hidung bayinya itu. Dek kerana perbuatan si ibu itu akhirnya, bayi tersebut dapat bernafas normal. Mereka menarik nafas lega lantas tersenyum. Kemudian giliran si bapa pula mendukung bayi tersebut lalu di bacakan azan dan iqamah di telinga bayi tersebut. Bayi tersebut diberi nama Nasruddin dengan pengertian orang yang memperjuangkan agama.

Dan itulah aku..peace !


*credit to ummi ^^