Saturday 25 May 2013

Salam Pengenalan...

Assalamualaikum..

Pada pagi 2 Januari 1992, kedengaran tangisan seorang bayi bergema di bilik persalinan Hospital Besar Dungun. Terpancar sinar kegembiraan di wajah si ibu tatkala melihat kelahiran anak pertamanya sekaligus melupakan segala kesakitan yang dirasakan sewaktu melahirkannya dan begitu juga halnya dengan si bapa. Akan tetapi kebimbangan mula melanda mereka apabila diberitahu doktor yang bayi itu tidak dapat bernafas kerana rongga hidung bayi mereka tersumbat.

   Tanpa berfikir panjang si ibu mengambil bayi tersebut dari dakapan doktor seraya menyedut keluar lendiran dari hidung bayinya itu. Dek kerana perbuatan si ibu itu akhirnya, bayi tersebut dapat bernafas normal. Mereka menarik nafas lega lantas tersenyum. Kemudian giliran si bapa pula mendukung bayi tersebut lalu di bacakan azan dan iqamah di telinga bayi tersebut. Bayi tersebut diberi nama Nasruddin dengan pengertian orang yang memperjuangkan agama.

Dan itulah aku..peace !


*credit to ummi ^^


   

4 comments:

Mia Liana said...

wahhh.. sweetnya... lahir kat ho pital dungun..

SERuLL said...

sebab tu la kot orangnya pun sweet..haha :p

Unknown said...

begitulahh pengorbanan si ibu pada anaknyaa.. :'D

SERuLL said...

Betul tuh..sungguh jasa ibu tidak terkata besarnya.. :')